BannerFans.com

About Me

My photo
nok kato gapo pun tok reti..masuk lah tengok sendiri..

detik yg berlalu

AL-QURAN


PENDAPAT NABI MUHAMMAD MENGENAI DUA JENIS MANUSIA

PENDAPAT NABI MUHAMMAD MENGENAI DUA JENIS MANUSIA
Pada suatu hari Nabi sedang duduk dengan beberapa orang sahabatnya.Seketika itu juga lalu seorang hamba Allah di hadapan mereka.Nabi bertanya:”Apakah pendapat kamu terhadap orang itu?”Mereka menjawab;”Ya Rasullullah,dia berketurunan bangsawan.Demi Allah,kalau dia melamar seorang perempuan dari kaum bangsawan juga,lamarannya sudah tentu tidak akan ditolak.Kalau dia menganjurkan sesuatu perkahwinan ,perkahwinan itu akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.”
Nabi S.A.W tidak berkata apa-apa.Sebentar kemudian lagi seorang hamba Allah telah lalu dihadapan mereka.Nabi bertanya pula mengenai orang ini.Kata mereka;’”Dia seorang islam yang miskin.Kalau pun dia bertunang dengan seorang perempuan,peluangnya untuk mengahwini perempuan itu tentu tipis.Kalau dia bercakap,tidak ada orang yang akan mendengarnya,”
Nabi berkata;”Orang yang kedua ini lebik baik daripada orang yang pertama.”Allah tidak memandang keturunan seseorang.Seorang islam yang miskin,yang hina dina dan yang dipandang rendah oleh insane semuanya ,lebih dekat kepada Allah daripada berates-ratus orang yang kononnya bangsawan dan yang dimuliakan serta di jilat-jilat oleh manusia lain.Dalam sepotong hadith Nabi S.A.W telah berkata ;
“Riwayat mayapada akan tamat kalau tidak ada seorang manusiapun memuji-muji nama Allah.Hanya nama Allah yang khuddus sahaja yang menghidupkan alam ini.
(DIPETIK DARI HIMPUNAN KITAB KITAB FADHAIL)



0 comments:

Post a Comment

LEAVE YOUR COMMENT HERE

 
Copyright @ 2008 lidahpahit: PENDAPAT NABI MUHAMMAD MENGENAI DUA JENIS MANUSIA | Original design By iEn | Modified By lidahpahit| Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox 3.0 | Top