BannerFans.com

About Me

My photo
nok kato gapo pun tok reti..masuk lah tengok sendiri..

detik yg berlalu

AL-QURAN


SEDIKIT HADIS SAHIH BUKHARI

Anas r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda :
"Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum dia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri."

Diberitakan oleh Abdullah bin Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Apabila kamu hendak solat Jumaat, mandilah lebih dahulu."

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda :
"Apabila kamu mendengar qamat, maka pergilah solat berjemaah, dan hendaklah bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Dalam keadaan bagaimana saja pun mereka kamu dapati, maka solatlah kamu bersama mereka, mana yang kamu luput daripadanya, sempurnakanlah kemudian."

Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Ketika seseorang berjalan kesuatu jalan, kemudian didapatinya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda :
"Kita ini adalah umat terakhir, tetapi terkemuka. Mereka (Yahudi dan Nashara) lebih dahulu diturunkan kepada mereka kitab. Dan hari ini (Jumaat) adalah hari diwajibkan kepada mereka solat. Tetapi mereka berselisih pendapat tentang hari itu. Kerana itu Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada kita tentang hari itu. Sedang orang-orang lain mengikuti di belakang kita, iaitu Yahudi besoknya (Sabtu) dan Nasrani lusa (Ahad)."

Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda :
"Apabila imam membaca Amin, maka ucapkan pulalah Amin ! Kerana barangsiapa bersamaan Aminnya dengan Amin malaikat, diampuni segala dosa-dosanya yang telah lalu."

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda :
"Siapa yang mandi hari Jumaat seperti mandi jinabah, kemudian dia pergi ke Jumaat (sebagai orang yang pertama-tama datang), sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan siapa yang datang nombor 2, sama halnya seperti orang berkorban seekor sapi betina; siapa yang datang nombor 3, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri yang bertanduk; siapa yang datang nombor 4, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan siapa yang datang nombor 5, sama halnya dengan orang yang berkorban sebutir telur."





0 comments:

Post a Comment

LEAVE YOUR COMMENT HERE

 
Copyright @ 2008 lidahpahit: SEDIKIT HADIS SAHIH BUKHARI | Original design By iEn | Modified By lidahpahit| Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox 3.0 | Top