About Me

My photo
nok kato gapo pun tok reti..masuk lah tengok sendiri..

detik yg berlalu

AL-QURAN


AHLI UMNO SERTAI PAS


Ahli Umno bakal sertai PAS beramai-ramai di Kubang Kerian
Mohd Nor Yahya I Foto Rizal Tahir
Tue | Jan 13, 09 | 8:10:13 pm MYT

KOTA BHARU, 13 Jan (Hrkh) - Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) berhempas pulas mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu, sebaliknya rakan mereka di sini pula mengisytiharkan meninggalkan parti itu.

Hari ini seramai enam bekas Ketua Cawangan Umno di bahagian Kubang Kerian menyerah borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS kawasan itu, Dato' Husam Musa.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.

Mereka yang menyertai PAS iaitu bekas ahli jawatankuasa Umno Kubang Kerian yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Parit Barat, Mohd Noor Mustafa, Naib Ketua Cawangan Pasir Tumboh, Mohd Basir Mohd Zain, bekas Ketua Cawangan Taman Tiong, Ismail Daud.

Selain itu anggota jawatankuasa Cawangan Padang Enggang, Zahari Yaacob, ahli di cawangan Taman Tiong, Abdullah Kadir dan Mohamed Yusoff, bekas ketua cawangan Umno Pengkalan Patah.Image

Ismail Daud yang menjadi ahli Umno lebih 40 tahun berkata,
Umno bukan lagi menjadi landasan kepada perjuangan orang Islam dan Melayu.

"Umno kini sudah hilang maruah. Kami merasakan Umno sudah hancur setelah menjalani pemilihan Umno peringkat cawangan Julai lalu. Rayuan kami terhadap penyelewengan yang berlaku tidak diendahkan pemimpin peringkat tertinggi," ujar beliau.

Mohd Basir Mohd Zain berkata, Umno sering mempermainkan hukum hudud seolah-olah memperlihatkan kejahilan mereka.

Menurutnya Umno yang menguasai negara ini sepatutnya melaksanakan hukum hudud dan bukannya mempersalahkan PAS yang hanya berkuasa di peringkat negeri.

"Saya amat tercabar apabila pemimpin Umno mempermainkan hukum Allah dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sekarang, sedangkan mereka tahu tanggungjawab itu di bawah bidang kerajaan pusat," ujar beliau.

Mohd Noor Mustafa memberitahu lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno termasuk pemimpin peringkat bahagian akan menyertai PAS selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Sementara itu, Husam berkata, Umno Kubang Kerian dan Kelantan kini sedang dilanda masalah dalaman terutamanya selepas pilihan raya umum ke-12 dan pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini.

"Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah menyertai PAS. Ini memberi gambaran jelas akan reputasi Umno di kalangan ahli mereka sendiri telah tercemar," ujarnya.

Beliau juga berkata, mereka yang menyertai PAS itu akan dibawa membantu kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini. - mj _

Dari:http://www.harakahdaily.net

0 comments:

Post a Comment

LEAVE YOUR COMMENT HERE

 
Copyright @ 2008 lidahpahit: AHLI UMNO SERTAI PAS | Original design By iEn | Modified By lidahpahit| Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox 3.0 | Top