About Me

My photo
nok kato gapo pun tok reti..masuk lah tengok sendiri..

detik yg berlalu

AL-QURAN


JGN DERMA PADA PALESTIN

'Jangan derma kepada kumpulan tidak berjuang di Palestin'
Azamin Amin
Wed | Jan 14, 09 | 11:20:25 am MYT

KUALA TERNGGANU, 14 Jan (Hrkh) - Naib Presiden PAS Mohammad Sabu mengingatkan orang ramai supaya tidak menderma dan menyumbang dana kepada kumpulan yang tidak berjuang di Palestin malah dikatakan bersekongkol dengan Yahudi.

"Kita bimbang, ada yang membuat kutipan d masjid-masjid untuk derma Palestin tetapi kemudiannya menyalurkan dana tersebut kepada kumpulan yang tidak berjuang seperti Fatah yang yang tidak diiktiraf rakyat Palestin tetapi kerajaan yang bersekongkol dengan Yahudi," katanya.

"Saya menyeru orang ramai khususnya masarakat Malaysia yang prihatin untuk menderma kepada rakyat Palestin yang sebenarnya dan pejuang-pejuang yang berlawan dengan rejim zionis Israel," katanya yang akan berangkat ke Palestin pada 15 Januari ini. Beliau ditemui Harakah di Dewan Dato' Wan Muttalib di Kuala Ibai sebelum sidang media tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat pada 11 Januari lalu.

Justeru katanya walaupun sesen didermakan oleh rakyat ia perlu dibantah jika disalurkan kepada kumpulan Mahmoud Abbas yang didakwa bersekongkol dengan Yahudi.

"Kerajaan perlu jelaskan ke mana wang derma itu akan disalurkan, kalau kepada kumpulan Mahmoud Abbas maknanya wang umat Islam dari Malaysia diberi kepada kumpulan yang tidak berjuang,"katanya yang mempersoalkan wang derma yang dikutip oleh kerajaan melalui masjid-masjid di seluruh negara atas nama bantuan kepada Palestin yang bakal diagihkan kepada pihak yang tidak diketahui prinsip perjuangan mereka.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan wang derma dimasjid-masjid pada hari Jumaat selama tiga minggu berturut diserahkan kepada pihaknya untuk tujuan membantu rakyat Palestin.

Bagaimanapun kata Mohammad, Malaysia selama ini dilihat tidak mengiktiraf kerajaan Palestin dipimpin oleh Hamas yang memenangi pilihan raya negara itu sebaliknya lebih dekat dengan kumpulan yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Fatah).

Antaranya sebelum ini Malaysia sebagai tuan rumah persidangan khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pernah mengiktiraf kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai mewakili rakyat Palestin dan mengenepikan wakil Hamas sebagai kerajaan yang sah dinegara itu yang turut hadir dalam persidangan tersebut.

Sementara itu, Kerajaan Malaysia dipersoal menyebelahi pihak yang mana dalam isu serangan Israel ke atas Palestin ekoran perkembangan terbaru melibatkan tangkapan terhadap 21 peserta himpunan aman membantah serangan Israel di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Mohammad Sabu yang mempersoal tindakan tersebut berkata, kerajaan dilihat seperti tidak menyebelahi Palestin dan mula memperlihatkan wajah sebenar mereka.

"Bercakap seolah-olah membenci apa yang dilakukan oleh Israel tetapi apabila rakyat turun menyatakan bantahan ke atas Israel, 21 orang telah ditangkap.

Beliau juga menyifatkan tindakan itu membuktikan 'wajah' sebenar kerajaan BN yang tunduk kepada tekanan Amerika tetapi cuba menunjukkan sokongan perjuangan rakyat Palestin untuk memenangi hati pengundi di Kuala Terengganu.

Beliau dalam pada itu menggesa pengundi Kuala Terengganu menyatakan bantahan terhadap sikap kerajaan itu melalui undi pada 17 Januari ini.

Antara yang ditahan dalam kejadian terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim, ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) Arutchelvan Subramaniam dan Norlaila Othman daripada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). - azm _

Dari:http://www.harakahdaily.net

2 comments:

shima said...

salam,
terima kasih kerana lawat blog saya...saya follow blog saudara ya..

Lidah_Pahit said...

w'salam..silakan shima..

Post a Comment

LEAVE YOUR COMMENT HERE

 
Copyright @ 2008 lidahpahit: JGN DERMA PADA PALESTIN | Original design By iEn | Modified By lidahpahit| Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox 3.0 | Top