About Me

My photo
nok kato gapo pun tok reti..masuk lah tengok sendiri..

detik yg berlalu

AL-QURAN


HUDUD UNDER TRIAL

Hudud under trial?

Oleh:wanistelroy

" Masa untuk memilih datang lagi. Kali ini, saya menjangkakan bahawa pengundi di Kuala Terengganu bakal diuji dengan isu agama iaitu hukum hudud.

Jikalau di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh diuji dengan isu liwat calon Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim. Kali ini hudud pula menjadi medan ujian untuk melihat reaksi rakyat.

Semasa di Permatang Pauh, Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti yang lebih besar berbanding dengan keputusan semasa Pilihanraya Umum lalu.

Dengan ini, bolehlah dikatakan rakyat sebenarnya tidak mempercayai kes tuduhan liwat Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya itu walaupun kes ini masih lagi didalam perbicaraan di mahkamah.

Saya memilih isu hudud akan diuji di sini adalah dari senjata yang cuba dipopularkan oleh UMNO sendiri.

Isu ini timbul kembali selepas Wacana Tranformasi Politik Malaysia yang menemukan Naib Presiden PAS, YB Dato Husam Musa, Naib Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin dan seorang ahli akedamik, Profesor Abdul Aziz Bari di Kota Bharu.
Di dalam debat tersebut, Husam secara tegas menyatakan bahawa hudud akan dilaksanakan jikalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara ini.

Media arus perdana terus cuba memainkan isu ini dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan rakan sekutu PAS di dalam Pakatan Rakyat terutamanya DAP.

Dato Seri Anwar Ibrahim juga pada mulanya didesak untuk mengeluarkan pendirian beliau di dalam isu hudud ini, akhirnya, beliau secara lantang menyatakan beliau tiada masalah untuk perlaksanaan hudud dan ianya hanya untuk orang Islam sahaja.

Umno yang cuba bermain dengan isu hudud yang ini sebenarnya telah memakan diri mereka sendiri.

Timbul pula persoalan, kenapa Umno begitu mendesak untuk PAS melaksanakan hudud ini sedangkan mereka sudah berada di tampuk kuasa sekarang yang sepatut melaksanakkannya?

Jikalau Umno mengaku memperjuangkan agama, maka, hukum agama harus juga mereka tegakkan.

Di dalam masa yang sama, pemimpin Umno seperti Dato Seri Najib cuba mengelirukan orang ramai dengan menayakan kenapa kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak melaksanakan hudud.

Malang buat Najib, rakyat Malaysia yang semakin bermaklumat sebenarnya sudah tahu bahawa kerajaan pusat pimpinan Umno semasa pemerintahan Tun Mahathir Mohammad sendiri yang menghalang kerajaan negeri Kelantan perlaksanaan hukum berkenaan.

Selepas itu, timbul pula persoalan lain. Bagi pihak yang tidak mahu melaksanakan hukum ini, adakah mereka ini anti-hudud atau anti-Islam sebenarnya?

Kini, saya menjangkakan isu hudud bakal menjadi pertimbangan utama para pengundi di dalam Pilihanraya Kecil kali ini.

Adakah majoriti pengundi beragama Islam di Kuala Terengganu dapat menerima perlaksanaan hukum Allah ini atau tidak?

Begitu juga dengan masyarakat pengundi bukan Islam, adakah pemimpin Pakatan Rakyat berjaya meyakinkan mereka bahawa hukum hudud ini adalah untuk orang Islam sahaja?

Jikalau calon Pakatan Rakyat tewas kali ini, maka bolehlah saya katakan bahawa rakyat Kuala Terengganu masih mahu mengekalkan status quo yang ada sekarang ini.

Oleh itu, sama-sama kita saksikan apa jawapannya pada 17 Januari ini."


Ehsan dari:http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com

1 comments:

akula said...

Tak tahu la apa yang UMNO bangga sangat dalam kes HUDUD ni. Dulu dia kata PAS dah tak nak buat negara islam. La ni dia kata PAS nak buat hudud pulak. Bagi UMNO tak nak buat salah,nak buat pun salah.

Post a Comment

LEAVE YOUR COMMENT HERE

 
Copyright @ 2008 lidahpahit: HUDUD UNDER TRIAL | Original design By iEn | Modified By lidahpahit| Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox 3.0 | Top