About Me

My photo
nok kato gapo pun tok reti..masuk lah tengok sendiri..

detik yg berlalu

AL-QURAN


ANTARA KISAH PERTOLONGAN ALLAH DI GAZA

Antara kisah pertolongan Allah di Gaza

Di sebalik serangan bertalu-talu Rejim Zionis ke atas Gaza, di sebalik kemusnahan Bandar Gaza,
di sebalik jumlah syuhada’ yang bertambah setiap hari, isteri-isteri menjadi janda,
anak-anak kehilangan ibu bapa dan tangisan mereka yang menyayat hati,
ada kisah, ada cerita pertolongan Allah s.w.t kepada umat islam di Gaza.
Walaupun pertolongan Allah itu tidak menyeluruh untuk menghancurkan Israel
tapi cukup sekadar satu petanda bahawasanya Allah s.w.t adalah penolong kepada orang-orang yang beriman
dan sebagai satu kekuatan kepada umat islam untuk berjuang menegakkan Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t: al-Hajj : 40
"Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar,
(Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah".
dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain,
nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi),
dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya
dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa".

Antara kisah pertolongan Allah s.w.t seperti yang dilaporkan oleh Islamonline ialah;

Kisah 1
Ketika tentera al-murabitun HAMAS sedang menunggu dan menanti peluang untuk menyerang hendap konvoi kereta kebal tentera Israel
di satu malam yang sangat sejuk, mereka mengangkat tangan memanjatkan doa kepada Allah s.w.t “Ya Allah! Tuhan yang menurunkan hujan,
yang menggerakkan awan, yang menebarkan kabus, tetapkanlah hati tenteramu, dan hapuskanlah musuh” berdoa dengan penuh khusyuk,
dengan pipi yang dibasahi dengan air mata…maka berhubunglah antara bumi dan langit, doa mereka dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
dengan izin Allah s.w.t turunlah kabus yang tebal di kawasan tersebut yang membolehkan tentera al-Murabitun menyusup masuk kepada konvoi
sepuluh kereta kebal tentera Israel tanpa dapat dikesan oleh pesawat pejuang Israel yang berlegar-legar di udara
dan dapat menyerang mereka dan membunuh lebih daripada lima orang tentera Israel dan mencederakan sepuluh orang daripada musuh.

Ketika pesawat pejuang Israel memuntahkan peluru-pelurunya dari udara
Dalam masa yang sama pasukan tentera darat mereka menyerang dari darat, tiba-tiba Allah s.w.t menurunkan hujan dengan lebatnya,
hanya di sekitar kawasan yang diserang sahaja, menyebabkan pergerakan tentera darat terbatas dan serangan udara terhenti sementara waktu.
( Diceritakan oleh Abu Ubaidah salah seorang tentera al-Murabitun)

Kisah 2
Seorang penduduk Gaza al-Muntasir Billah Mustaffa berkata;
Ketika kawasan persisiran pantai Gaza diserang dari darat dan udara,
bateri telefon bimbitnya hampir habis tiba-tiba datang seorang tentera al-Murabitun meminta telefon bimbitnya untuk
berhubung dengan tentera yang lain untuk meminta pertolongan,tapi dia menyatakan bahawa baterinya hampir habis,
kuasa elektrik terputus dan mungkin hanya boleh bercakap dalam beberapa minit sahaja.

Subhanallah, sebaik sahaja telefon bimbitnya dipegang oleh tentera al-Murabitun,
tiba-tiba baterinya penuh semula seolah-olah sudah dicas dalam tempoh yang lama,
dan boleh digunakan beberapa hari selepas itu. Subhanallah itulah antara pertolongan Allah s.w.t ke atas
orang berjuang di jalannya dan sebagai pembakar semangat untuk meneruskan langkah perjuangan yang suci.

Kisah 3
Abu Mujahid salah seorang tentera al-Murabitun menyatakan;
“sewaktu saya meninjau pergerakan kereta-kereta kebal tentera Israel di satu kawasan di Gaza yang tidak ada sesiapa pun di sekitarnya,
tiba-tiba saya mendengar suara yang bertasbih,berzikir dan beristighfar di kawasan tersebut,
saya mencuba berkali-kali untuk mencari dari mana datangnya suara itu, tiada seorang manusia pun di situ,
rupa-rupanya suara itu sesungguhnya keluar dari batu-batu dan pasir yang ada di situ.
Subhanallah maha suci Allah yang membolehkan makhluk yang tidak berlidah berzikir dan bertasbih".

Kisah 4
Mahmud ar-Rifi salah seorang tentera al-Murabitun bersembunyi di satu tempat selama dua hari
berbekalkan beberapa biji buah tamar dan sedikit air, di tangan kanannya ada senjata dan di tangan kirinya ada alat komunikasi
untuk berhubung dengan rakan yang lain. Dia menunggu kehadiran musuh dalam keadaan yang sangat panas,
lidahnya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberi kekuatan kepadanya untuk membunuh tentera musuh,
akhirnya selepas 48 jam menunggu maka dia melihat sekumpulan tentera Israel di atas sebuah bukit yang berhampiran
lalu dia seorang diri berbekalkan satu senjata sahaja,menyerang tentera musuh dan dapat membunuh dua orang daripada mereka
dan mencederakan beberapa orang yang lain. Mahmud ar-Rifi menawan seorang tentera musuh dan memikulnya
untuk kembali ke tempat persembunyiannya tetapi pesawat pejuang Israel menyerangnya.sewakru mereka menyerangnya tiba-tiba mereka
menjadi takut dan menangis serta meraung seperti hysteria seolah-olah mereka dikejar oleh Maaikat Allah s.w.t.

Kisah 5
Abu Ahid imam majid Bandar syeikh Ridwan berkata;
Pesawat pejuang Israel telah melancarkan beberapa peluru berpandu ke atas masjid dan menghancurkan masjid sama sekali
sehingga tidak ada bata di atas bata semuanya hancur berkecai,
kecuali yang tinggal hanya al-Quran yang tidak terusik seolah-olah tiada apa yang berlaku,
subhanallah itulah pemeliharaan Allah s.w.t ke atas al-Quran. Yang pelik lagi ialah
separuh daripada al-Quran –al-Quran itu terbuka dengan ayat-ayat pertolongan dan kesabaran antaranya

Maksudnya;
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan,
dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:
(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,
mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
Ya Allah ! bukakanlah bagi pejuang Mu pintu-pintu kemenangan, jauhkanlah mereka dari kesukaran dan kesulitan,
selamatkan mereka dari tipu daya musuh,
Ya Allah ! himpunkan hati-hati dan leher-leher mereka dengan kekutanMu, Ya tuhan yang maha memberi.
Ya Allah ! ikatkan hati-hati mereka, kukuhkan tapak-tapak kaki mereka, betulkan lontaran-lontaran mereka,
betulkan pemikiran mereka, jadikan setiap kesulitan mereka ada pelepasannya. Amin Ya Rabbal Alamin…

Mudah-mudahan mendapat manfaat

Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Posted by Hassan Basri Hj Abdullah at 6:20 AM
Labels: motivasi


1 comments:

M4x said...

#1

Post a Comment

LEAVE YOUR COMMENT HERE

 
Copyright @ 2008 lidahpahit: ANTARA KISAH PERTOLONGAN ALLAH DI GAZA | Original design By iEn | Modified By lidahpahit| Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox 3.0 | Top