BannerFans.com

About Me

My photo
nok kato gapo pun tok reti..masuk lah tengok sendiri..

detik yg berlalu

AL-QURAN


IMEJ BN KETINGGALAN ZAMAN


Harakahdaily
Thu | Jan 22, 09 | 11:06:14 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Hrkh) - "Setelah hampir 30 tahun menggunakan imej dan pendekatan yang sama, nyata ia telah agak ketinggalan zaman."

Demikian pendapat ahli majlis tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo dalam memperkatakan punca kekalahan parti itu di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Katanya imej sedia ada Barisan Nasional (BN) sama ada dari segi pendekatan kempen, slogan mahu pun imej-imej poster dan baju harus diberi nafas baru.

"Imej BN hari agak kurang 'menangkap' jiwa anak-anak muda. Kempen BN juga harus menunjukkan ia sebuah perikatan yang berbilang kaum." kata Khir dalam blog peribadinya. Malah katanya kempen berasingan Umno untuk orang Melayu, MCA dan Gerakan untuk masyarakat tionghua dan MIC untuk kaum India sudah ketinggalan zaman. Sungguhpun tidak dapat menafikan kepentingan setiap parti ini memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing, namun kempen pilihan raya harus menampakkan keakraban antara kaum ini.

"Tapi pembaharuan terhadap BN merupakan perkara titik bengit yang mungkin tidak penting jika pembaharuan lebih besar dapat dilakukan oleh BN iaitu pembaharuan dalam kerajaan yang dikuasai oleh BN," katanya.

Dari:http://harakahdaily.net


1 comments:

azlishukri said...

bukan setakat fizika sahaja yang tukar..UMNO perlu tukar kebanyakan pemimpinnya.

Post a Comment

LEAVE YOUR COMMENT HERE

 
Copyright @ 2008 lidahpahit: IMEJ BN KETINGGALAN ZAMAN | Original design By iEn | Modified By lidahpahit| Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox 3.0 | Top