BannerFans.com

About Me

My photo
nok kato gapo pun tok reti..masuk lah tengok sendiri..

detik yg berlalu

AL-QURAN


KEUTAMAAN SOLAH

Dari Abu Hurairah r.a.katanya bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda ‘’Tiada bahagian dalam islam bagi mereka yg tidak menunaikan solah dan tiada solah tanpa wuduk’’ Diriwayatkan drp Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ‘’Tiada bahagian dalam islam bagi seseorang yg tidak mendirikan solah.Kedudukan solah dalam islam adalah seumpama kedudukan kepala pada badan’’ (Bazar dan Al-Hakim)

Orang yg meninggalkan solah tetapi mengaku sebagai seorang islam dan mendakwa bersungguh –sungguh bahawa diri mereka adalah pembela islam serta sentiasa bermimpi utk mendapat kejayaan sebagaimana yg dicapai oleh salafussolah,mereka hendaklah merenung sabdaan Rasulullah s.a.w tersebut,dan cuba menyelidiki keadaan salafussoleh kita yg begitu kuat perpegang teguh dgn agama,barulah mereka akan mengetahui sebab dunia jatuh dibawah tapak kaki para sahabat dan salafussoleh.

Satu ketika Abdullah bin Abbas r.a. mengalami sakit mata.Org ramai berkata kepada beliau bahawa penyakit itu boleh dirawati tetapi beliau terpaksa meninggalkan solah utk beberapa hari.Beliau berkata ‘’Ini tidak mungkin,saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ‘’seseorang yg tidak mendirikan solah pasti menemui ALLAH dalam keadaan ALLAH memurkainya’’ Dalam riwayat yg lain,org ramai berkata kepada beliau Tuan terpaksa sujud diatas bangku kayu selama lima hari’’beliau menjawab ‘’aku tidak akan mengerjakan solah dgn cara sedemikian walaupun satu rakaat.beliau sanggup bersabar walaupun menjadi buta drp meninggalkan solah.

Bagaimana dgn kita???..



0 comments:

Post a Comment

LEAVE YOUR COMMENT HERE

 
Copyright @ 2008 lidahpahit: KEUTAMAAN SOLAH | Original design By iEn | Modified By lidahpahit| Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox 3.0 | Top